Album Hosanna, Lagu Krismas Bahasa Iban Diterbitkan

  IgatUS      

KUCHING: Buat julung kalinya, album lagu Krismas dalam bahasa Iban diterbitkan secara komersial sempena perayaan Hari Krismas pada 25 Disember ini.

Album berjudul Selamat Hari Krismas itu menampilkan enam lagu yang dirakamkan semula dalam bahasa Iban berkonsepkan pop komersial dan etnik.

Penerbitnya, Isa Lee yang bernaung di bawah Network Twenty One menggabungkan empat artis Hosanna iaitu Aneth, Diana, Leez dan Anthony untuk album ini.

Isa yang ditemui semalam memberitahu, enam lagu yang dimuatkan dalam album ini ialah Selamat Hari Krismas, Dalam Nengeri Daud Kelia, Andal Dunya, Lebuh Orang Ngibun Domba, Malam Kudus dan O Kita Ti Arap.

Dalam pada itu, album istimewa sempena Krismas ini telah berada di pasaran selama lebih daripada seminggu selain turut mulai dimainkan di radio-radio tempatan seperti Cats Fm dan Wai Fm.

Album ini dijual pada harga RM15 seunit dan mereka yang berminat boleh mendapatkannya dengan menghubungi Pengurus Projek Mervyn Tajem di talian 016-8681453 atau Isa Lee (013-8266081).

Antara barisan tenaga yang menjayakan album ini termasuk Tedewin Ngumbang selaku penerbit eksekutif dan susunan muzik oleh Amerio Evan @ Abon.

Sebahagian daripada hasil jualan album ini turut akan disumbangkan kepada gereja-gereja yang terlibat dalam pengedaran dan jualan album ini di kalangan mereka yang meraikan Hari Krismas.

-Diambi Ari Utusan Borneo
logoblog

Thanks for reading Album Hosanna, Lagu Krismas Bahasa Iban Diterbitkan

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan: