Kutipan RM63K, Igat pengiring Muzik 'Suara Emas'

  IgatUS      
(Gambar) Fr Justine Dan sedang menghiburkan majlis 

63
Ribu? Terima Kasih kepada anda yang berkunjung ke blog ini kerana ingin membaca artikel ini. Syukur, pada 2 Julai tahun 2016 lalu Igat mengiring muzik untuk 'Programme Ngiling Bidai 2016 cum Fundraising Dinner Wisma St Joseph, Miri'. 

Program ini dianjurkan oleh persekutuan gereja Parish St Anthony, Bintulu. Pada asalnya Igat membantu kumpulan ‘Home Cell Group Raban Nembiak Iban - (RAMI)’ dalam muzik untuk membuat 3 persembahan. Bagi memeriahkan lagi majlis, Igat disuruh untuk bermain keyboard bagi mengiring beberapa penyanyi. Antara yang best pada malam tersebut, Fr Justine Dan ditaja RM3,960 untuk membawakan lagu Biar Bekikis Bulu Betis. Fr Justine ni berbangsa Melanau tetapi fasih berbahasa Iban.

Syukur, teringat pada tahun 2011 untuk program ‘Jumbo Sales’ Igat juga pernah membantu gereja untuk program pembangunan di St Anthony. 

Gembira dapat bersama masyarakat tidak kira dari gereja, anak-anak yatim, program CSR tahun 2016 memberi peluang kepada saya untuk lebih memahami hidup. 

Semoga Igat dapat membantu lagi dengan Muzik untuk membantu gereja. Amin. Terima Kasih kepada anda yang mengikuti blog Igat. 

Igat US
Kenangan 2016 
logoblog

Thanks for reading Kutipan RM63K, Igat pengiring Muzik 'Suara Emas'

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan: