Setiap orang pasti ada cita-cita & impian. Cikgu akan tanya cita-cita kita bila dah besar nak jadi apa? Banyak juga apa yg saya pernah cita-citakan zaman belajar antaranya nak jadi Engineer, Dj Radio, Pengacara TV, Wartawan, Ahli Perniagaan & Cikgu (lucu kan? hehe). Cuma saya berkongsi (3) yg saya selalu impikan.
1. Polis
2. Komposer
Dari sekolah rendah juga saya suka menulis lirik lagu, menyimpan buku biodata rakan-rakan sehinggalah ke sekolah menengah. Masih lagi saya simpan buku-buku tersebut utk kenangan. Jika berkemampuan saya ingin tubuhkan studio utk kelas muzik & recording, ianya masih dicita-citakan, masih banyak yg perlu saya pelajari.
3. Usahawan
Ketika cuti sekolah tingkatan 3, saya mengikuti bapa bekerja sebagai buruh binaan. Tinggal di rumah kecil tapak binaan, tanpa lampu elektrik, basuh pakaian sendiri, masak utk saya & bapa dengan dapur kecil. Merasai suasana itu bapa ingin sebenarnya ingin saya belajar hidup susah & berdikari. Kesusahan itu mengajarkan saya utk belajar bersungguh-sungguh. Selepas daripada itu, saya tidak berminat lagi bekerja di makan gaji. Saya dan adik mula belajar menoreh getah di kebun sendiri.
Ketika di universiti saya memilih jurusan Matematik & Perdagangan (Pendidikan). Kerana tidak suka meminta-minta & sedar akan kekurangan keluarga, saya mencuri masa utk bekerja sambil belajar. Pernah bekerja di stesen minyak & pusat tuisyen pada waktu malam. Tanpa pengetahuan keluarga juga saya membeli kereta kancil ketika itu. Saya suka mempelajari bisnes & ilmu keewangan. Cerita ini saya akan kongsikan lebih lanjut kelak apa yg pernah saya kaji & lalui.
Penutup
Rakan-rakan, saya pasti kamu punyai impian. Setiap apa yg akan berlaku kelak bermula dari apa yg pernah kita impikan. Jangan takut berimpian, teruskan berfikir & berusaha utk mengapai apa yang dicita-citakan. Keberhasilannya tidak terlihat terus. Timba Ilmu, asah Bakat & cari Pengalaman, mudah-mudahan berkat kegigihan kamu pasti diperjodohkan dgn pekerjaan yg terbaik. Saya mulai sedar Pencipta menganugerah beberapa bakat serta mendidik sebagai pilihan kerjaya agar dpt melahirkan apa yg pernah saya cita-citakan, mereka boleh menjadi Engineer, Dj Radio, Pengacara TV, Wartawan, Ahli Perniagaan, Cikgu bahkan Jutawan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan