Misi Igat Pelajari Muzik ke Jakarta, Indonesia

  IgatUS      
Sebenarnya agak lama juga saya mengikuti Agus Hardiman di Youtube. Saya cadangkan anda 'subscribe'. 


Tahun 2018 saya menyimpan sedikit duit & memasang impian utk mempelajari muzik ke luar negara iaitu di Indonesia. 

Kenapa nak belajar jauh di Indonesia?

Masing-masing punya citarasa. Kerap menonton Pak Agus di Youtube saya percaya saya memilih guru yang tepat. Lagipula, saya meminati melodi dari negara jiran ini.

Awalnya saya dalam penciptaan lagu juga saya belajar piano & mencipta 1st single bersama Jeaven Majestica yg juga berasal dari Indonesia. Tidak terkecuali rakan baik bidang muzik saya Henric Sia juga kacukan Malaysia-Indonesia.

Yuran Belajar 

Terlebih dahulu sebelum bercerita mengenai yuran saya mempelajari sgt berminat dalam bidang MUSIC ARRANGEMENT & SOUND PRODUCTION. Di Malaysia ada (2) Steinberg Certified Training dan Indonesia juga ada (2) berdasarkan website https://www.steinberg.net/en/education/certified_training.html.

Yurannya sebenarnya lebih kurang sama antara Malaysia & Indonesia cuma kadar pertukaran wang yang berbeza. 


Kadar Bayaran Yuran di Artsonica Kelapa Gading, Jakarta

Saya mengambil kelas super express selama (2) minggu. Bagi orang Malaysia yang kurang faham bayaran ini boleh juga mesej saya secara peribadi nanti saya kongsikan. Tiada masalah saya sedia berkongsi. 

15 Ogos 2018 

Saya bertolak menggunakan Malaysia Airlines pada 15 Ogos 2018 (Rabu) jam 20:10 dan sampai 22:15 ke Kuala Lumpur. Saya hanya tidor di Airport KLIA menunggu penerbangan pada sebelah pagi jam 7:30am dan 8.35am (waktu Malaysia) sampai ke Jakarta. Itulah pengorbanan demi misi mempelajari Muzik. Di Jakarta jam 1 jam lebih lewat berbanding Malaysia. 
Baring-baring sambil melayari Internet sementara tunggu flight ke Jakarta

Saya tukar wang cuma RM400 di Bintulu untuk tambang teksi dan emergency. Waktu itu RM1 bersamaan 3500 IDR, saya dapat 1juta 400ribu. Terus jadi jutawan kan! Hehe…

Sampai di Soekarno Hatta International Airport, saya terus menggunakan teksi rasmi Bandara Blue Bird ke Artsonica Kelapa Gading. Sebenarnya urusan saya ke Jakarta telah berbicara dengan mbak Sherla Artsonica melalui WhatsApp maka saya mudah sekali ke sana.

Di airport Jakarta saya terus membeli simkad harganya 250juta dengan internet 20gb. Teksi dari aiport ke Artsonica harganya 165juta. 

16 Ogos 2018 

Sampai di Artsonica kira-kira jam 11am saya terus berehat tidur. Beginilah keadaan bilik saya. 




Saya mengikuti kelas express dan mulai kelas pertama pada jam 6pm. Inilah guru saya.


Instructor saya bernama Anthony Dwi Verdugo mudah disapa dgn 'bang Anton'. Sebenarnya agak lucu juga kalau belajar chord muzik dengan Indonesia kerana sebutan ABC adalah berbeza. Bang Anton fasih berbahasa inggeris dan pernah belajar di Berklee & Emory University. Tak sangka juga umur kami sebaya. 

17 Ogos

Hari ini Independence Day ke 73 buat Indonesia. Maka cuti tiada kelas.
Saya berpeluang berjalan ke MONAS (Monumen Nasional)


18 Ogos

Teman baru dari Jambi namanya Wahyu Romansyah. Baru saya teringat ketika sekolah menengah dulu belajar sejarah mengenai Melaka & Jambi. Dari Jambi ke Jakarta lebih kurang 1jam lebih menggunakan pesawat. Kami senang berbicara kerana Bahasa Melayu Jambi hampir sama dengan Malaysia. Hari pertama kami berjumpa terus bejalan kaki ke mall ITC Cempaka Mas yang jaraknya lebih 2km, lucu sekali. 


19 Ogos 2018 



Hari ke-2 kelas dgn bang Anton, pertama kali saya guna MIDI. Sempat kami dua cover lagu Indonesia 'Dia - Anji'. Kalau kamu nak dengar boleh tonton di SINI


Saya juga belajar bermain DTX Drums Yamaha. 

20 Ogos 2018 









Malam-malam sebelum tidor selain keluar makan suka lepak bermain muzik bersama Wahyu & Raissa. Ternyata kawan saya berdua ini memang berbakat dalam muzik. 

21 Ogos 2018 

Teman baru saya Raissa dari Surabaya. Raissa aktif bermain keyboard. Dia menginap di sebelah kamar saya saja. Sepatutnya Raissa sampai 18 Ogos tetapi terpaksa tunda ke flight 21 Ogos. 


22 Ogos 

Saya berpeluang membuat muzik arrangement bagi lagu yang saya tulis sendiri. 

23 Ogos & 24 Ogos 2018



Berpeluang bergambar bersama chief instructor of Artsonica, Agus Hardiman 

25 Ogos 2018 




Petang berpeluang ke Kota Tua, Jakarta

26 Ogos 2018 (Ahad) 



Kebetulan saya & Raissa juga Katolik. Kami berdua mengunakan grab ke Gereja Katedral Jakarta. 

27 Ogos

Pasti ramai yg minat dgn Judika. Sempat saya berkenalan dgn adik sulung judika iaitu Tiroy Sihotang. Dia sedang mengambil program Mixing. 


Kami bertiga berpeluang ke Artsonica Duren Sawit setelah less petang. Alat recording di sini amat pro. Kami ditunjukkan segala proses rakaman lagu oleh bang Wendy. 



28, 29 & 30 Ogos 2018 

Kebetulan Indonesia menjadi tuan rumah bagi SEA Games 2018 maka kesempatan untuk saya melancong kalau tiada kelas hehe...

31 Ogos 2018 



Testimonial secara video saya di Artsonica Kelapa Gading 

Di Malaysia, hari ini kemerdekaan Tanah Melayu, Malaysia. Juga saya telah mendapat khabar LULUS ujian yeay. 

1 September 2018


Akhirnya secara rasmi saya LULUS ujian "Home Studio Production" certified training centre oleh Steinberg Germany. 



Terima Kasih Artsonica, Terima Kasih Pak Agus, Terima Kasih mbak Sherla, Terima Kasih bang Anton, Terima Kasih juga buat Wahyu & Raissa teman belajar. 




Bergambar sebelum pulang, Terima Kasih ArtSonica 


Makanan terakhir saya di Airport Jakarta. Tak perlu makan ribu-ribu lagi ya haha...


2 Ogos 




Awal pagi flight dari KL terus ke Bintulu. Terima Kasih & syukur atas pengalaman yg saya perolehi di Indonesia. Apa yang dpt saya pelajari di sana akan saya kongsikan di blog yg seterusnya. 

 MAKANAN

Sememangnya Indonesia terkenal dengan makanan yg enak-enak. 

Antara yg saya suka makan di Jakarta: 
1. Nasi Uduk - Waktu pagi
2. Siomay - Rehat petang jam 3pm 
2. Batagor - Rehat petang jam 3pm 
3. Sate Padang - Malam 
4. Pisang Bakar 







Kami selalu makan malam bersama 


logoblog

Thanks for reading Misi Igat Pelajari Muzik ke Jakarta, Indonesia

Previous
« Prev Post

2 ulasan:

Kidutanjing berkata...

seeep mang

Kidutanjing berkata...

koreksi gan di atas,kok bisa mahal amat hatga kuota sampe 250jt,dan harga taksi 160jt..mungkin salah nulis harus nya Rb(Ribu/rupiah)..