Tahun
2018 saya menyimpan sedikit duit & memasang impian utk mempelajari muzik ke luar negara iaitu di Indonesia.
Kenapa nak belajar jauh
di Indonesia?
Masing-masing
punya citarasa. Kerap menonton Pak Agus di Youtube saya percaya saya memilih
guru yang tepat. Lagipula, saya meminati melodi dari negara jiran ini.
Awalnya
saya dalam penciptaan lagu juga saya belajar piano & mencipta 1st single bersama Jeaven Majestica yg
juga berasal dari Indonesia. Tidak terkecuali rakan baik bidang muzik saya Henric Sia juga
kacukan Malaysia-Indonesia.
Yuran Belajar
Terlebih
dahulu sebelum bercerita mengenai yuran saya mempelajari sgt berminat dalam bidang MUSIC ARRANGEMENT & SOUND PRODUCTION. Di Malaysia ada (2) Steinberg Certified Training dan Indonesia
juga ada (2) berdasarkan website https://www.steinberg.net/en/education/certified_training.html.
Yurannya
sebenarnya lebih kurang sama antara Malaysia & Indonesia cuma kadar
pertukaran wang yang berbeza.
Saya mengambil kelas super express selama (2) minggu. Bagi orang Malaysia yang kurang faham bayaran ini boleh juga mesej saya secara peribadi nanti saya kongsikan. Tiada masalah saya sedia berkongsi.
Kadar Bayaran Yuran di Artsonica Kelapa Gading, Jakarta
Saya mengambil kelas super express selama (2) minggu. Bagi orang Malaysia yang kurang faham bayaran ini boleh juga mesej saya secara peribadi nanti saya kongsikan. Tiada masalah saya sedia berkongsi.
15 Ogos 2018
Saya
bertolak menggunakan Malaysia Airlines pada 15 Ogos 2018 (Rabu) jam 20:10 dan sampai 22:15 ke Kuala Lumpur. Saya hanya tidor di
Airport KLIA menunggu penerbangan pada sebelah pagi jam 7:30am dan 8.35am (waktu Malaysia) sampai ke Jakarta. Itulah pengorbanan demi misi
mempelajari Muzik. Di Jakarta jam 1 jam lebih lewat berbanding Malaysia.
Baring-baring sambil melayari Internet sementara tunggu flight ke Jakarta
Saya
tukar wang cuma RM400 di Bintulu
untuk tambang teksi dan emergency. Waktu itu RM1 bersamaan 3500 IDR, saya dapat 1juta
400ribu. Terus jadi jutawan kan! Hehe…
Sampai
di Soekarno Hatta International Airport,
saya terus menggunakan teksi rasmi Bandara Blue
Bird ke Artsonica Kelapa Gading. Sebenarnya urusan saya ke Jakarta telah
berbicara dengan mbak Sherla Artsonica
melalui WhatsApp maka saya mudah sekali ke sana.
Di
airport Jakarta saya terus membeli simkad harganya 250juta dengan internet 20gb.
Teksi dari aiport ke Artsonica harganya 165juta.
16 Ogos 2018
Sampai
di Artsonica kira-kira jam 11am saya terus berehat tidur. Beginilah keadaan bilik saya.
Saya mengikuti kelas express dan mulai kelas pertama pada jam 6pm. Inilah guru saya.
Instructor saya bernama Anthony Dwi Verdugo mudah disapa dgn 'bang Anton'. Sebenarnya agak lucu juga kalau belajar chord muzik dengan Indonesia kerana sebutan ABC adalah berbeza. Bang Anton fasih berbahasa inggeris dan pernah belajar di Berklee & Emory University. Tak sangka juga umur kami sebaya.
17 Ogos
Hari ini Independence
Day ke 73 buat Indonesia. Maka
cuti tiada kelas.
Saya berpeluang berjalan
ke MONAS (Monumen Nasional)
18 Ogos
Teman baru dari Jambi namanya Wahyu Romansyah. Baru saya teringat ketika sekolah menengah dulu belajar sejarah mengenai Melaka & Jambi. Dari Jambi ke Jakarta lebih kurang 1jam lebih menggunakan pesawat. Kami senang berbicara kerana Bahasa Melayu Jambi hampir sama dengan Malaysia. Hari pertama kami berjumpa terus bejalan kaki ke mall ITC Cempaka Mas yang jaraknya lebih 2km, lucu sekali.
19 Ogos 2018
Hari ke-2 kelas dgn bang Anton, pertama kali saya guna MIDI. Sempat kami dua cover lagu Indonesia 'Dia - Anji'. Kalau kamu nak dengar boleh tonton di SINI.
Saya juga belajar bermain DTX Drums Yamaha.
20 Ogos 2018
Malam-malam sebelum tidor selain keluar makan suka lepak bermain muzik bersama Wahyu & Raissa. Ternyata kawan saya berdua ini memang berbakat dalam muzik.
Malam-malam sebelum tidor selain keluar makan suka lepak bermain muzik bersama Wahyu & Raissa. Ternyata kawan saya berdua ini memang berbakat dalam muzik.
21 Ogos 2018
Teman baru saya Raissa dari Surabaya. Raissa aktif bermain keyboard. Dia menginap di sebelah kamar saya saja. Sepatutnya Raissa sampai 18 Ogos tetapi terpaksa tunda ke flight 21 Ogos.
Saya berpeluang membuat muzik arrangement bagi lagu yang saya tulis sendiri.
Berpeluang bergambar bersama chief instructor of Artsonica, Agus Hardiman
Petang berpeluang ke Kota Tua, Jakarta
27 Ogos
Pasti ramai yg minat dgn Judika. Sempat saya berkenalan dgn adik sulung judika iaitu Tiroy Sihotang. Dia sedang mengambil program Mixing.
Kami bertiga berpeluang
ke Artsonica Duren Sawit setelah less petang. Alat recording di sini amat pro. Kami ditunjukkan segala proses rakaman lagu oleh bang Wendy.
28, 29 & 30 Ogos 2018
Kebetulan Indonesia menjadi tuan rumah bagi SEA Games 2018 maka kesempatan untuk saya melancong kalau tiada kelas hehe...
Kebetulan Indonesia menjadi tuan rumah bagi SEA Games 2018 maka kesempatan untuk saya melancong kalau tiada kelas hehe...
31 Ogos 2018
Testimonial secara video saya di Artsonica Kelapa Gading
Di Malaysia, hari ini
kemerdekaan Tanah Melayu, Malaysia. Juga saya telah mendapat khabar LULUS ujian yeay.
Terima Kasih Artsonica, Terima Kasih Pak Agus, Terima Kasih mbak Sherla, Terima Kasih bang Anton, Terima Kasih juga buat Wahyu & Raissa teman belajar.
Bergambar sebelum pulang, Terima Kasih ArtSonica
Makanan terakhir saya di Airport Jakarta. Tak perlu makan ribu-ribu lagi ya haha...
Awal pagi flight dari KL terus ke Bintulu. Terima Kasih & syukur atas pengalaman yg saya perolehi di Indonesia. Apa yang dpt saya pelajari di sana akan saya kongsikan di blog yg seterusnya.
Antara yg saya suka makan di Jakarta:
1. Nasi Uduk - Waktu pagi
2. Siomay - Rehat petang jam 3pm
2. Batagor - Rehat petang jam 3pm
3. Sate Padang - Malam
4. Pisang Bakar
Kami selalu makan malam bersama
2 ulasan:
seeep mang
koreksi gan di atas,kok bisa mahal amat hatga kuota sampe 250jt,dan harga taksi 160jt..mungkin salah nulis harus nya Rb(Ribu/rupiah)..
Catat Ulasan